Page 75 - Pelan Pembangunan Geopark Negara 2021-2030
P. 75
PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030 PELAN PEMBANGUNAN GEOPARK NEGARA 2021-2030
sebagai pemangkin utama penjanaan kekayaan (wealth creation) dan
pengupayaan komuniti tempatan.
4.1.9 Perundangan dan Pengurusan
Faktor perundangan seperti kewujudan akta dan peraturan sebagai contoh
Akta Perancangan Bandar Desa 1976 (Akta 172) dan Akta Pelantar Benua 1966
(Akta 83) yang masing-masing mengawal dan mentadbir aktiviti di kawasan
daratan dan kawasan maritim juga akan mempengaruhi pelaksanaan
pembangunan dan mekanisme pengurusan sesuatu kawasan. Di kawasan
tertentu, diwujudkan zon-zon khusus seperti zon teras, zon peralihan dan zon
pembangunan yang menetapkan skop dan bentuk aktiviti yang boleh dijalankan.
Pada masa sama, bagi maksud perlindungan sesuatu kawasan, khasnya
kawasan yang mempunyai nilai pemeliharaan tinggi atau mencegah
kemusnahan, akta-akta seperti Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313) dan
Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) dikuatkuasakan.
Kesimpulannya, Dasar dan Perancangan Pembangunan sedia ada dalam
negara yang dibentuk oleh pelbagai agensi terlibat telah mempunyai elemen
kawalan ke atas aktiviti yang mempunyai kesan ke atas kemampanan sumber
semula jadi. Walau bagaimanapun, bergantung kepada potensi sumber semula
jadi yang dikenal pasti, khasnya di peringkat negeri/ RSN, dasar dan strategi
pembangunan adalah berbeza dan bersifat generik atau digariskan pelan
pelaksanaan yang khusus.
60