Page 125 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 125

110  PELAN PELAKSANAAN                                                                                                                                                                              PELAN PELAKSANAAN
                                                                                                                                                                                                                 GEOPARK NEGARA
              GEOPARK NEGARA

                BAB 7         KOMPONEN  5:  PERANCANGAN  GUNA  TANAH  DAN

               PEMBANGUNAN FIZIKAL



               7.1     PENGENALAN



                       Pembangunan kawasan geopark merupakan agenda pembangunan penting
               negara kerana ia mampu mempertingkatkan sosioekonomi penduduk melalui sektor

               pelancongan lestari dan promosi kawasan di peringkat tempatan dan antarabangsa.

                       Justeru itu, pembangunan dan pengurusan kawasan geopark adalah penting

               dan  perlu  selari  dengan  rancangan  pemajuan  yang  disediakan  di  peringkat

               kebangsaan, negeri dan tempatan agar sempadan, strategi pembangunan, tindakan
               pelaksanaan, penetapan zon guna tanah dan kelas kegunaan tanah dapat dirancang

               selaras dengan prinsip pembangunan geopark. Ia boleh diambil kira di dalam sektor

               ekonomi/ pelancongan supaya semua strategi yang berkaitan dapat digariskan seawal
               peringkat perancangan dan menjadi rujukan yang berterusan dalam proses kelulusan

               pembangunan geopark.



                       7.1.1  Dasar Perancangan Guna Tanah


                       Terdapat empat (4) hierarki rancangan pemajuan berdasarkan Akta Perancang

                       Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) iaitu Rancangan Fizikal Negara, Rancangan
                       Struktur Negeri, Rancangan Tempatan dan Rancangan Kawasan Khas.


                          a)  Rancangan Fizikal Negara (RFN)


                                     Rancangan  Fizikal  Negara  (RFN)  merupakan  hierarki  tertinggi

                              dalam sistem perancangan guna tanah negara yang diperuntukkan di
                              bawah  Akta  172.  RFN  merupakan  dokumen  yang  mengandungi

                              penyataan bertulis, dasar-dasar strategik dan tindakan sebagai rujukan

                              utama  kepada  agensi-agensi  peringkat  persekutuan,  negeri  dan
                              tempatan dalam perancangan pembangunan dalam mencorakkan hala

                              tuju pembangunan fizikal.
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130