Page 128 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 128
PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN 113
GEOPARK NEGARA GEOPARK NEGARA
cadangan umum daripada Rancangan Struktur Negeri (RSN). RT
adalah dokumen asas kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi
teknikal dalam mempertimbangkan permohonan kebenaran merancang.
Bagi Negeri Sabah, sesuatu pembangunan tertakluk kepada
pelan statutori yang termaktub di bawah Seksyen 6 Ordinan Perancang
Bandar dan Desa [Sabah Bab 141]. Antaranya ialah Skim Perancangan
Pelan Tempatan dan Pelan Daerah yang terbahagi kepada dua pelan
kawasan iaitu Perancangan Pelan Tempatan bagi kawasan pesat
pembangunan. Manakala, Perancangan Pelan Daerah terdiri dari
kawasan perlindungan alam sekitar, kawasan sensitif dan kawasan
hijau. Skim perancangan ini diterjemah melalui dasar dan polisi yang
telah dinyatakan di dalam Pelan Struktur Negeri Sabah 2033.
Bagi Negeri Sarawak pula, sesuatu pembangunan di kawasan
bandar dan luar bandar ke arah pembangunan lestari dan menyediakan
infrastruktur tertakluk kepada pelan statutori yang termaktub di bawah
Kanun Tanah Sarawak, 1958 [Bab 81].
Pelbagai sektor dirancang dalam Rancangan Tempatan
termasuklah sektor guna tanah dan perancangan fizikal; alam sekitar
(KSAS), geobencana; pelancongan dan pemeliharaan warisan; prospek
ekonomi; pembangunan sumber manusia; kemudahan masyarakat,
kawasan lapangan dan rekreasi.
d) Rancangan Kawasan Khas (RKK)
Rancangan Kawasan Khas (RKK) adalah satu rancangan
pemajuan yang disediakan untuk tujuan pelaksanaan khusus di sesuatu
kawasan. Hasil RKK ialah satu Pelan Tindakan Pembangunan atau
Pelan Pengurusan atau kedua-duanya sekali yang disediakan dalam
bentuk pelan susun atur dan disokong dengan spesifikasi pembangunan
terperinci serta jadual tindakan pembangunan. Penyediaan Rancangan
Kawasan Khas ini adalah tertakluk di bawah subseksyen 16B Akta 172.