Page 126 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 126

PELAN PELAKSANAAN                                                                    PELAN PELAKSANAAN       111
 GEOPARK NEGARA                                                                           GEOPARK NEGARA


                                     Dasar RFN diperhalusi dan disesuaikan di peringkat negeri dan

                              tempatan dalam Rancangan Struktur Negeri, Rancangan Tempatan dan

                              Rancangan Kawasan Khas. Dokumen RFN4 (2022) turut menggariskan
                              strategi dan tindakan untuk mengurus sumber dan kepelbagaian geologi

                              melalui Strategi KD2.4 dan mengenal pasti, mengiktiraf dan mengurus
                              tapak berkepentingan geologi (Tindakan KD2.4A).


                                     Manakala bagi Negeri Sabah, Kementerian Kerajaan Tempatan

                              dan  Perumahan  (KKTP)  melalui  Jabatan  Perancang  Bandar  dan

                              Wilayah (JPNW) telah berjaya melancarkan Pelan Struktur Sabah 2033
                              (PSS2033) berdasarkan Akta Ordinan Perancangan Bandar dan Desa

                              (Sabah, Cap 141). Pelan Struktur Sabah 2033 ini mempunyai wawasan
                              menjadikan  Sabah  sebagai  negeri  yang  mempunyai  persekitaran

                              bertaraf dunia iaitu tempat untuk tinggal, bekerja, belajar, melawat dan
                              sebagai  tempat  pelaburan  perniagaan  yang  kondusif,  seterusnya

                              mewujudkan peluang pekerjaan.


                                     Pelan Struktur Sabah 2033 ialah pelan visi guna tanah strategik

                              jangka  panjang  makro  yang  berpaksikan  strategi  pembangunan.  Ia

                              menterjemah  dasar  pembangunan  negara  dan  Negeri  kepada  dasar
                              spatial  untuk  tujuan  menyelaras  dan  menyediakan  hala  tuju  untuk

                              pembangunan  fizikal  dan  perlindungan  persekitaran.  Pelan  ini
                              menggariskan keperluan strategik untuk pembangunan guna tanah bagi

                              menampung pertumbuhan dan perubahan dalam populasi dan ekonomi.
                              Strategi  pembangunan  disokong  oleh  peranan  dasar  perancangan

                              Pelan Struktur Sabah 2033 yang dibangunkan dengan input daripada

                              jabatan berkanun lain.


                                     Pelan  struktur  tidak  mengenal  pasti  lokasi  khusus  untuk
                              pembangunan,  walaubagaimanapun  ia  menyediakan  cadangan

                              kawasan yang sesuai untuk pembangunan utama dengan mengambil
                              kira persekitaran dan faktor sosio ekonomi. Polisi guna tanah terperinci

                              dan cadangan penetapan lokasi tapak baru untuk pembangunan boleh

                              didapati dalam Rancangan Tempatan.
   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130   131