Page 127 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 127
112 PELAN PELAKSANAAN PELAN PELAKSANAAN
GEOPARK NEGARA
GEOPARK NEGARA
RFN4 juga melakarkan destinasi pelancongan semula jadi yang
terdiri dari pelan tapak-tapak Taman Negara, taman negeri, geopark dan
hutan lipur di Semenanjung Malaysia.
Rancangan pemajuan juga mengambil kira rancangan fizikal
yang meliputi Sabah di bawah Ordinan Perancang Bandar dan Desa
(Sabah Bab 141) dan Sarawak di bawah Kanun Tanah Sarawak
(Bab 81).
b) Rancangan Struktur Negeri (RSN)
Rancangan Struktur (Seksyen 8, Akta 172) adalah satu
penyataan bertulis yang menerangkan dasar, cadangan pemajuan dan
penggunaan tanah di sesebuah negeri. RSN memandu arah
perancangan di peringkat rancangan tempatan berdasarkan teras-teras
pembangunan merangkumi aspek ekonomi, keharmonian spatial,
keterangkuman sosial, kemampanan alam sekitar dan kecekapan urus
tadbir. RSN membentuk pelan strategik yang menerangkan secara
indikatif pemajuan dan penggunaan tanah negeri tersebut termasuk
kawasan geopark.
Pelan Struktur Negeri menyediakan cadangan kawasan yang
sesuai untuk pembangunan utama dengan mengambil kira persekitaran
dan faktor sosioekonomi. Manakala, polisi guna tanah terperinci dan
cadangan penetapan lokasi tapak baru untuk pembangunan boleh
didapati dalam Rancangan Tempatan.
c) Rancangan Tempatan (RT)
Rancangan Tempatan merupakan pelan terperinci yang
mengandungi peta cadangan bersama ilustrasi yang menunjukkan
secara terperinci komponen-komponen perancangan guna tanah. Ia
disokong dengan garis panduan pelaksanaan yang menerangkan
dengan lebih terperinci segala cadangan Pihak Berkuasa Perancang
Tempatan (PBPT) untuk memajukan tanah berdasarkan cadangan-