Page 129 - pelan-pelaksanaan-geopark-negara
P. 129

114  PELAN PELAKSANAAN                                                                                                                                                                              PELAN PELAKSANAAN
                                                                                                                                                                                                                 GEOPARK NEGARA
              GEOPARK NEGARA

                          e)  Pelan Tempatan Dan Pelan Daerah


                                     Skim  perancangan  Pelan  Tempatan  dan  Pelan  Daerah

                              merupakan salah satu pelan statutori yang termaktub dibawah Seksyen
                              6  Ordinan  Perancang  Bandar  dan  Desa  (Cap  141)  yang

                              memperuntukkan  pihak  PBT  bagi  menyediakan  suatu  skim

                              perancangan yang merangkumi pembangunan fizikal di bawah kawasan
                              pentadbiran. Skim perancangan ini terbahagi kepada dua iaitu kawasan

                              pesat  pembagunan  dikategorikan  sebagai  kawasan  Pelan  Tempatan

                              dan kawasan perlidungan alam sekitar, kawasan sensitf dan kawasan
                              hijau  merangkumi  kawasan  Pelan  Daerah.  Skim  perancangan  ini

                              seharusnya menterjemah garis dasar dan polisi yang telah dinyatakan
                              di dalam Pelan Struktur Negeri Sabah 2033. Setiap zon yang dirancang

                              di  dalam  kedua-dua  skim  perancangan  ini  akan  menggariskan  corak
                              pembangunan di daerah pada masa hadapan dan salah satu rujukan

                              utama  pihak  berkuasa  tempatan  dan  agensi  teknikal  lain  dalam

                              menentukan  sesuatu  pembangunan  di  atas  tanah  tersebut.  Tempoh
                              jangka hayat bagi skim perancangan ini adalah 5 tahun.



               7.2     KONSEP


                       Geopark  merupakan  kawasan  yang  boleh  menerima  pembangunan  namun
               perlu  dilaksanakan  secara  berhemah  selaras  dengan  prinsip  pembangunan  lestari.

               Segala perancangan pembangunan seperti RSN, RT dan RKK perlu mengambil kira
               nilai geologi warisan seperti lokasi geotapak dan geopark supaya sumber geologi ini

               dapat dikekalkan.
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134